

Perkhidmatan utama di Pusat Perubatan An-Nisa’ ialah perkhidmatan penjagaan kesihatan wanita dan keluarga merangkumi pemeriksaan pra-kehamilan, antenatal check-up, pakej bersalin normal dan pembedahan (C-section), Tabungan Awal Bil Bersalin (Pakej Al-Maulid), rawatan wanita dan sakit puan, imunisasi bayi dan kanak-kanak serta perkhidmatan Pantang De An-Nisa’. Selain itu, kami juga ada.
Ya. Kami mengutamakan konsep ‘Bersalin Patuh Syariah Mesra Ibadah’ termasuk menjaga aurat pesakit, menyediakan persekitaran selesa untuk ibadah, menjaga privasi ibu serta layanan mesra wanita dan keluarga.
Kes ibu hamil dan bersalin dikendalikan oleh doktor pakar sakit puan yang berpengalaman bersama pasukan perubatan profesional.
Ya. Kami menyediakan Pakej Al-Maulid (Tabungan Awal Bil Bersalin) untuk membantu ibu merancang kewangan lebih awal dan mengurangkan beban semasa hari bersalin.
Ya, bergantung kepada situasi klinikal dan polisi semasa. Kami menggalakkan sokongan suami untuk pengalaman bersalin yang lebih tenang dan bermakna.
Ya, kami menyediakan Pakej Bersalin Normal dan Pakej Bersalin Pembedahan (C-Section) yang merangkumi bilik, rawatan ibu dan bayi serta pemantauan doktor.
Ya. Kami menyediakan imunisasi bayi mengikut jadual KKM serta pemantauan perkembangan bayi secara berkala.
Temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon, WhatsApp rasmi atau walk-in (bergantung kepada kekosongan slot).
Sila hubungi pihak pentadbiran untuk maklumat terkini mengenai panel insurans dan kemudahan Guarantee Letter (GL).
Kami beroperasi di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Untuk lokasi tepat, sila rujuk Google Maps atau hubungi pihak kami secara langsung.
Sebaik sahaja ujian kehamilan positif. Digalakkan datang seawal 6–8 minggu untuk pengesahan kandungan dan pemantauan awal.
Kebiasaannya sebulan sekali pada awal kehamilan, dua minggu sekali pada trimester ketiga awal dan setiap minggu menjelang waktu bersalin. Jadual bergantung kepada keadaan ibu dan nasihat doktor.
Ya, kes akan dipantau oleh doktor pakar. Namun ia bergantung kepada tahap risiko dan penilaian klinikal semasa untuk memastikan keselamatan ibu dan bayi.
Ya, kami mempunyai doktor pakar pembedahan am yang berpengalaman menangani pelbagai jenis pembedahan termasuk pembedahan rutin, pembedahan kecemasan, dan pembedahan elektif.
Ya, Pusat Perubatan An-Nisa’ menyediakan pembedahan bariatrik untuk rawatan obesiti yang teruk. Pembedahan dilakukan oleh pakar pembedahan berpengalaman dengan pemantauan rapi sebelum dan selepas operasi.