Wad Sayang menawarkan bilik perkongsian yang selesa dengan suasana tenang seperti di rumah. Walaupun berkongsi ruang, keselesaan ibu tetap diutamakan dengan penjagaan privasi yang rapi serta pemantauan berdekatan dari kaunter jururawat. Sesuai untuk ibu yang menginginkan persekitaran mesra dan selesa sepanjang tempoh bersalin dan pemulihan.