Skip to content

Panduan Kemasukan Pesakit

Panduan Kemasukan Pesakit

Panduan kemasukan pesakit disediakan bagi membantu pesakit dan ahli keluarga memahami proses kemasukan ke Pusat Perubatan An-Nisa’. Panduan ini bertujuan memastikan urusan kemasukan berjalan lancar, teratur dan selesa sepanjang tempoh rawatan.

MAKLUMAT

1. Sebelum masuk:

Pesakit atau waris dinasihatkan untuk:

  • Membawa Kad Pengenalan/MyKid
  • Surat rujukan doktor (jika ada)
  • Buku rekod kesihatan / buku pink (bagi ibu mengandung)
  • Kad insurans / GL (jika menggunakan panel insurans)
  • Senarai ubat sedia ada (jika berkaitan)

2. Tiba di Hospital

  • Ambil nombor giliran (jika perlu)
  • Daftar di Kaunter Pendaftaran / Admission Counter
  • Serahkan dokumen yang diperlukan kepada staf bertugas

3. Proses Pendaftaran

Staf akan:

  • Mengesahkan maklumat pesakit
  • Mendaftarkan kemasukan ke dalam sistem
  • Menyemak jenis wad
  • Menguruskan bayaran deposit (jika berkenaan)

4. Pemeriksaan Awal

  • Jururawat akan membuat pemeriksaan asas (tekanan darah, suhu, dll.)
  • Doktor akan menilai keadaan pesakit
  • Untuk kes kecemasan, rawatan akan diberikan segera sebelum urusan dokumentasi diselesaikan

5. Kemasukan ke Wad

  • Pesakit akan diiringi ke wad yang ditetapkan
  • Taklimat ringkas mengenai kemudahan wad akan diberikan
  • Waris dimaklumkan tentang waktu melawat & peraturan wad

6. Sepanjang Tempoh Rawatan

  • Lawatan doktor mengikut jadual
  • Jururawat akan memantau keadaan pesakit secara berkala
  • Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada staf bertugas

7. Proses Discaj

  • Doktor akan memberi kebenaran discaj
  • Bil hospital akan disediakan untuk pembayaran akhir
  • Ubat & surat temujanji susulan akan diberikan

Hubungi Talian Perkhidmat Pelanggan Kami: 011-37572139