Pusat Perubatan An-Nisa’ yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim 15050 Kota Bharu Kelantan telah ditubuhkan pada 28 Mei 1995 dan merupakan hospital bersalin swasta pertama yang berkonsepkan Syariah di Negeri Kelantan.
Bernaung di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan menjadikan An-Nisa’ pilihan utama masyarakat tempatan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan terutamanya bagi perkhidmatan bersalin ataupun untuk ibu dan anak. Kami juga, menawarkan perkhidmatan Pakar dalam bidang Pediatrik dan Pembedahan Am. Sejajar dengan konsep islamik dan mesra ibadah yang ditampilkan, hampir keseluruhan kumpulan perubatan dan kakitangan kami adalah terdiri daripada golongan wanita.
Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Yang Berkualiti, Komprehensif Dan Holistik Bagi Wanita Dan Kanak-Kanak.
Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Yang Kondusif Dan Patuh Syari’ah.
Menyediakan Penjagaan Kesihatan Yang Memfokuskan Pesakit ( PatientCentred Care).
Membangunkan Pendidikan Kesihatan Yang Berterusan Bagi Melahirkan Masyarakat Sihat Dan Afiat.
Pusat Perubatan Wanita dan Kanakkanak Patuh Syari’ah Terunggul di Peringkat Serantau.