Skip to content

Akta Perlindungan Data Peribadi

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA)

Pusat Perubatan An-Nisa’ komited dalam melindungi maklumat peribadi pesakit, waris dan pelawat selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).


Pengumpulan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, rekod kesihatan dan maklumat berkaitan akan dikumpulkan bagi tujuan pendaftaran, rawatan, urusan pentadbiran serta komunikasi berkaitan perkhidmatan hospital.

 

Penggunaan Maklumat

  • Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk:
  • Tujuan rawatan dan penjagaan kesihatan pesakit
  • Urusan temujanji, kemasukan wad dan discaj
  • Proses tuntutan insurans atau panel berkaitan
  • Penambahbaikan kualiti perkhidmatan

Perlindungan Maklumat

Pihak hospital akan memastikan semua maklumat peribadi disimpan dengan selamat dan hanya diakses oleh kakitangan yang diberi kuasa. Langkah keselamatan sewajarnya diambil bagi mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.

 

Pendedahan Maklumat

Maklumat pesakit tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran kecuali apabila diperlukan oleh undang-undang, bagi tujuan rawatan atau urusan berkaitan penjagaan kesihatan.

 

Hak Individu

Pesakit berhak untuk:

  • Mengakses maklumat peribadi sendiri
  • Memohon pembetulan maklumat yang tidak tepat
  • Mendapat penjelasan mengenai penggunaan data mereka

Dengan mendapatkan perkhidmatan di Pusat Perubatan An-Nisa’, pesakit dianggap bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi seperti yang dinyatakan bagi tujuan rawatan dan pengurusan hospital.