PANDUAN PELAWAT PUSAT PERUBATAN AN-NISA’ Bagi memastikan keselesaan pesakit serta kelancaran operasi hospital, para pelawat diminta mematuhi panduan berikut:
1. Waktu melawat
Waktu melawat adalah dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelawat digalakkan merancang lawatan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pesakit mendapat rehat yang mencukupi.
2. Ketibaan Pelawat
Sila rujuk kepada pengawal keselamatan di pintu masuk untuk sebarang pertanyaan atau arahan sebelum naik ke wad.
3. Kebersihan & Keselamatan
Gunakan hand sanitizer sebelum dan selepas melawat. Tidak digalakkan melawat sekiranya mengalami demam, batuk atau simptom penyakit berjangkit.
4. Adab Ketika Melawat
Bercakap dengan suara yang perlahan, hormati privasi pesakit lain dan pastikan suasana wad sentiasa tenang.
5. Waktu Rehat Pesakit
Pelawat diminta beredar selepas jam 10.00 malam bagi memberi ruang pesakit berehat dengan selesa.
Kerjasama para pelawat amat dihargai dalam membantu mewujudkan persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif untuk proses pemulihan pesakit.
Hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Kami: 011-37572139