Skip to content

Pembedahan Am

Haemorrhoid (Buasir)

Pembedahan untuk merawat buasir yang besar, menyakitkan atau berulang. Ini merangkumi prosedur membuang atau mengurangkan tisu buasir untuk mengurangkan simptom seperti darah, sakit, dan gatal.

AV Fistula (Untuk Pesakit Dialisis)

Penyediaan saluran darah khas (arteriovenous fistula) untuk pesakit yang memerlukan dialisis buah pinggang. Prosedur ini menyambungkan arteri kepada vena supaya darah mudah diakses untuk rawatan dialisis secara berkala.

Berkhatan Lelaki (Kanak-kanak dan Dewasa)

Prosedur pembedahan ringkas untuk membuang kulit pada kepala zakar (sunat). Ia dilakukan untuk tujuan perubatan atau agama dan sesuai untuk semua peringkat umur lelaki — kanak-kanak dan dewasa — dengan pemantauan klinik sebelum dan selepas prosedur.

Pembedahan Kecil

Merujuk kepada semua prosedur pembedahan yang tidak melibatkan pembedahan besar atau rawatan kompleks — contoh: pembuangan ketumbuhan kecil, jahitan luka, biopsi kulit, dan lain-lain. Ia biasanya dilakukan secara pesakit luar atau dengan masa pemulihan yang pendek.

Hernia (Uluran)

Pembetulan hernia, iaitu apabila tisu atau organ dalaman menonjol melalui kawasan lemah pada dinding otot, biasanya pada abdomen. Pembedahan ini membantu mengembalikan organ ke tempat asal dan memperbaiki otot yang lemah.

Hydrocoele (Angin Pasang Berair)

Prosedur untuk membuang cecair berlebihan di sekitar testis (hydrocoele), yang biasa berlaku pada lelaki. Pembedahan ini bertujuan mengurangkan bengkak dan ketidakselesaan.

Badiatrik

Pembedahan bariatrik ialah prosedur mengubah suai sistem pencernaan—biasanya dengan mengecilkan perut atau memintas usus—untuk membantu pesakit obesiti melampau menurunkan berat badan secara drastik. Ia berkesan mengatasi penyakit komorbiditi seperti kencing manis, hipertensi, dan apnea tidur apabila diet/senaman gagal. 

TEMUI PAKAR PEMBEDAHAN AM KAMI DI AN-NISA'

pngtree-smiling-doctor-in-a-white-coat-png-image_20678751
Resident
Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad

Resident Consultant Paediatrics

Paediatrics MD (USM), MRCPCH (UK)

MMC: 39321

NSR: 133499