Perkhidmatan rawatan harian untuk pesakit luar bagi menangani masalah kesihatan umum dengan pemeriksaan dan rawatan oleh pegawai perubatan berpengalaman.
Sakit Mata
Pemeriksaan dan rawatan bagi masalah mata seperti mata merah, gatal, berair atau jangkitan ringan.
Cirit-birit & Muntah
Rawatan bagi masalah penghadaman seperti cirit-birit, muntah dan sakit perut bagi mengelakkan dehidrasi serta komplikasi lanjut.
Demam, Batuk & Selsema
Rawatan untuk simptom jangkitan ringan seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak, termasuk pemeriksaan serta ubat-ubatan yang sesuai.
Nebulizer
Rawatan sedutan ubat untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan seperti asma, semput atau batuk berpanjangan.
Vaksin Haji & Umrah
Meningococcal – Vaksin wajib bagi jemaah Haji dan Umrah.
Influenza – Perlindungan daripada jangkitan selesema terutama bagi warga emas dan individu berisiko.
Vaksin Pengendalian Makanan
Typhoid – Vaksin wajib untuk individu yang terlibat dalam pengendalian makanan bagi mencegah jangkitan demam kepialu.
Ujian Saringan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan asas untuk mengesan awal masalah kesihatan, sesuai untuk keperluan pekerjaan, pendidikan, atau pemantauan kesihatan berkala.